Friday, February 22, 2013
@2:03 PM
Assalamualaikum :)
TAUTAN HATI.
Teman tersayang ,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As Siddiq,
Persahabatan di jalin kerana Al Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit ,
Cintakan kebenaran , sanggup bersakit.
Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara ,
menyakini Allah sebagai penjaga.
Aku impikan antara kita seorang Umar ,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.
Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut ,
roh dakwahnya tidak surut.
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan hajjaj dengan rela,
berasama si ibu tua,
lantas syahid , rohnya ke syurga.
Marilah kita menyemai benih Hassan Al Banna,
fikrahnya jernih , menggegar dunia,
merelakan tubuhnya medimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.
Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
mogkan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari Ayahanda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kita harum mewangi ,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.
Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat ,
di amhkamah Mahsyar nanti .
FATIMAH SYARHA , TAUTAN HATI (: