<body>
Thursday, May 16, 2013 @1:43 PM
| 1:43 PM | 2 comments

Assalamualaikum.

Tauhid atau akidah boleh diumpamakan sebagai simpulan. Selalunya simpulan digunakan untuk mengikat sesuatu barang yang berharga.Begitulah tauhid.Ia ibarat satu simpulan berbentuk keyakinan yang mengikat hati manusia


Termenung sejenak aku.Orang kata or a fact maybe, pada hati itulah letaknya keyakinan atau tauhid lah kiranya.Orang yang kuat hatinya mempunyai hati yang tersimpul kuat kepada Allah. Tapi hati yang lemah ni senang-senang je simpulan tu longgar atau silap-silap dah nak terburai dah. so i just thinking about myself. tak payah nak tengok jauh-jauh sangat lah cari model. ye tak ?

am i the one that doing everything just and only for Him , the Almighty ? or maybe , at least thinking about Him when doing something. and terasa di situ. betapa payahnya nak terima hakikat yang jauhnya aku dengan Mu , Ya Allah. Senang cerita kalau nak kata simpulan tu mungkin simpulan sendiri bukan dari tali yang sebenar , tapi dah lama rapuh maka hasilnya pon ting tong jugak lah.



actually , keyakinan kita kepada pencipta tu ibarat asas time awal-awal nak buat bangunan. Semakin tinggi bangunan nak dibina , maka sepatutnya makin kukuhlah tapak atau apa orang panggil tu , pasak kita.Tanpa kita sedar yang semakin tinggi yang kita nak capai or inginkan , semakin tinggi jugak risiko kita nak jatuh. kalau kita jatuh bukan kita je hancur , malah sekeliling kita ? habis , bersepai. sebab tu pentingnya asas yang kukuh dah betul.

tiba-tiba teringat berita kat TV semalam tentang Tuhan Harun. Harun what ? tuhan ? nilah yang kadang-kadang kita risau , ada je orang yang nak belajar agama semua , tapi tersilap pilih jalan . sebab apa ? kejahilan. moga Allah jauhkan kita dari semua ini. in syaa Allah


Dosa penghalang untuk taat kepada Allah.Sedangkan taat kepada Allah itu menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah berfirman "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah ,hai orang yang beriman supaya kamu beruntung " Surah al-Nur 24:31


lagi sekali , aku rasa macam SPEECHLESS * aku dengar pon , lagu ntah pape lagi , Sam Tsui , Chester See, layan pulak drama korea bagai.Bukan korea je , Taiwan , Thailad, Jepun , Hong Kong ke apa ke , semua aku sapu . tapi memang dah sebati dalam diri tu yang susah nak hilangkan. karat-karat ni semua. i am thinking that , seriously aku nak jadi orang yang macam ni ? --" tak payah cakap nak jadi role model ke ape ntok orang lain lah, diri sendiri pon malu nak mengaku diri.

memanglah , nak berubah tu tak mudah , tapi kalau perkara yang remeh temeh macam ni pon aku tak dapat handle , what will happen to me the next 10 years? nak ajak anak tengok drama korea skali ke ? hehe. takdelah aku fikir sampai ke situ. ni contoh termudah.

okay,okay,okay. we make it simple. aku rasa gaya aku cakap ni macam menakutkan orang lain pulak. bukan orang lain, aku sendiri pun takut nak bayangkan betapa .. i need to change my life. tak banyak pon , sikit. and consistent. maybe ?

senang cerita , sebenarnya kita dah lupa , okay . AKU dah lupa yang kita memang kena sentiasa bertaubat pada Allah. mati tu pasti , and tak tahu bila datang menjemput kita. tak pernah lambat sesaat , tak akan pernah cepat sesaat pon. Kita macam dah mind set yang kalau buat dosa je kena taubat , amboi farhana , kau yang setiap masa lagha ni sendirik tak reti-reti nak solat taubat ke apa ? tak luak pon kot. kau ingat solat taubat yang sekali-sekala buat tu cukup ke ? dan yang paling penting , sure ke Allah terima?takut aku memikirkannya. moga Allah permudahkan segalanya.

pastu aku ada baca dalam solusi cerita tentang seorang Khalaf . tak ingat sangat yang paling penting , part ada orang tanya kat dia

Bukankah lalat itu mengganggumu saat kamu sedang solat ? usir lalat itu darimu. tapi , Khalaf itu membalas : Aku mendengar cerita bahawa orang fasiq bersabar berada di bawah pukulan raja hingga orang ramai berkata 'Dia seorang yang sabar ' Dan dia bangga dengan gelaran itu. Sedangkan aku berada di hadapan Tuhanku , adakah patut bagiku menggerakkan tubuhku hanya kerana seekor lalat ?


Subhanallah.malu aku nak meneruskan pembacaan .kerdil sungguh diri ini sebenarnya. Sebab itu aku tergerak untuk merenung sejenak dan berfikir , betapa pintu taubat itu sentiasa terbuka , cuma adakah kita sanggup untuk melangkah dan meninggalkan segala kekaratan dan kejahilan diri . aku masih mencuba. tipulah kalau kata nak jadi lebih baik dari sekarang , so , dapat tinggal 100 percent perangai yang tak senereh tu. cubalah sikit -sikit. tak salahkan mencuba ? Allah akan permudahkan jalan In syaa Allah ^^


so , semoga Allah mudahkan langkah kita , tenangkan jiwa kita , dan teguhkan hati kita untuk berubah ke arah lebih baik. sikit-sikit . takpe kan ?



May Him bless. Amin ^^


Older Post | Newer Post

© every soul has a past

© know your worth

And He found you lost , and guided you [93:7]
FACEBOOK INSTAGRAM FOLLOW
«
»
نورالفرحنا مت سونداري