<body>
Saturday, October 26, 2013 @12:18 AM
| 12:18 AM | 0 comments

Assalamualaikum.
Lama rasanya tak menaip. tak meluah. senang cerita , lamalah tak buat apa apa.
Masa sentiasa ada , tapi nak mencari mood tu, fuhh berkurun lamanya.Bila dah start menaip ni pon , banyak yang bermain di fikiran. chehh. ada gaya pro dak , tak pun pemikir negara.

Tak adelah.i am thinking that ,
adakah sekadar menulis meluah rasa , mencoret bicara . sedangkan ramai di luar sana cuba sedaya upaya untuk menyebarkan ilmu sehabis daya , sehabis tenaga. menggunakan segala medium yang ada. kerana itu namanya usaha. Termenung sejenak aku. benar. tapi bila fikir balik , ya Allah sikitnya ilmu dalam dada ni nak mengajar , membetulkan orang . Diri sendiri entah macam mana . Tapi teringat satu post MrTheAllShared , rasa bersemangat sikit nak betulkan diri dalam masa yang sama nak ajak ramai,ramai dan ramai lagi kawan kawan lain sama sama:

"Ambil apa yang didakwahkan, bukan lihat pada pendakwahnya"

mudah cakap, mudah luahkan..
hakikatnya berapa ramai yang melihat pada kebaikan yg cuba disampaikan berbanding penyampainya?

"eleh ko sembang kencang ko pun buat dosa"

memang, memang semua pendakwah mmbuat dosa. tiada daie yang suci, maksum melainkan para rasul dan nabi.

kami berdakwah bukan untuk mengajak anda ke arah kebaikan semata, tetapi untuk diri kami juga, untuk bersama anda dalam satu saf melangkah ke syurga dengan gahnya.

"eleh ilmu ko pun tak cukup, nak ajar aku"

Abu Bakr RA telah mula menyebarkan Islam semenjak awal keislaman beliau.

Ketika itu Al-Quran belum sempurna. Hadith Nabi belum sebanyak yang kita jumpa sekarang.

Tetapi Abu Bakr RA tidak memberikan alasan: "Aku belum tahu semua fasal Islam lagi."

Dia mula bergerak dengan apa yang dia ketahui. Mengajak manusia beriman kepada Allah SWT.

Maka di awal perjalanan dakwah Islam di Makkah, berimanlah Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Affan, Saad bin Abi Waqqas dan lain-lain di tangan Abu Bakr RA.

...........................................................

Apa yang anda fikir,
apabila seorang yang ada rokok di tangannya berpesan pada anda

"weyh jangan merokok, tak elok untuk kesihatan"

ambil ibrah
atau
"Pirahhhhhhh la lu mamat! sembang deras!"

We're just PUNKS want to preach kindness

mungkin semua orang ada kekurangan , tapi kemon guyss , apa gunanya sahabat untuk nasihat menasihati kan ? sooooo , kuatkan tekad , bersama sama mengemudi . chewahh. perbaiki diri is a must !! in shaa Allah . Moga Allah redha.

p/s : salah satu langkah nak baiki diri yang telah dan masih dicuba , like je banyak banyak page islamic , pak ustaz , imam muda , group best best , dai'e muda dekat facebook tu. Bukan nak tunjuk baik ke apa , at least bila bukak fb tu , rasa dekatlah sikit dengan suasana islam tu . mana tahu , ada post menarik yang boleh dekatkan hati kita pada Allah ? kalau sebelum ni rasa macam kalau lambatkan solat tu perkara biasa , tapi mungkin ada post yang menggetarkan hati , biar tersedar dari lena yang panjang kan ? atau mungkin boleh share pada orang lain pulak ? dah dapat pahala free free je. ye dak ? :D

farhanasundari
0011
26102013


Older Post | Newer Post

© every soul has a past

© know your worth

And He found you lost , and guided you [93:7]
FACEBOOK INSTAGRAM FOLLOW
«
»
نورالفرحنا مت سونداري