<body>
Thursday, November 28, 2013 @3:24 PM
| 3:24 PM | 0 comments

Olla.
Heh.Assalamualaikum

Dah lama tak rasa perasaan macam ni. Perasaan tak menyabor-nyabor nak meluah.Walaupun sebenarnya dah lupa cara nak menulis sebuah kisah ikut kronologi.Melompat lompat semua.

Disebabkan aku duduk kat kampung, maksudnya bukan aku duduk kat kampung yang ada atuk nenek ke apa, maksud kampung di sini ialah sebab rumah yang aku duduk sekarang sememangnya terletak di kampung yang jauh sungguh dari bandar. eheh. selalunya kalau on the way nak balik kampung johor , macam kami je yang menuju keluar , kereta lain dok sedap masuk. well , kami dari kampung ke kampunglah kiranya. 

okay kisah sebenarnya macam ni. Memey kalau cuti cuti panjang , ummi hantar pergi library lepak sana dari pagi sampai petang dalam pukul 5 macam tu , baru ummi ambillah. (nak drive sendiri tak berani kitew.hee) Memang berkampung kat library dok semaye makan kat sana kau. Tapi yang menariknya, rasa macam kali ni lain.

Apa yang lain?

Kalau dulu aku boleh baca , rilex rilex macam lbrary tu ummi abah yang punya , tapi sekarang dalam pukul 10 lebih dah start penuh dah. mula mula rasa macam , wow tak sangka ramai dah sahut seruan kerajaan nak membaca rupanya. amazing kau! tapi ni yang kenapa dah semua yang datang berdua lelaki perempuan pulak ni? semua macam budak sekolah je lagi. haih.

ingat kongsi earphone lelaki perempuan tu sweet ke sayang?

belum lagi yang dengan bangga dok cerita budak tu pi raba aku , pi peluk aku.
(nak tulis pun malu kiteww. hishh)

Astaghfirullah. yang penting semua bertudung tu .

baik jahat tu bukanlah dinilai dari segi cara kita berpakaian ke apa. kau tak bertudung memang nerakalah jawabnya , kau bertudung so baik budak ni. bukan macam tu. nauzubillah.

okay.

dan tak semestinya yang bertudung dok labuh labuh sikit tu semua baik je. as long as pemakaian kita tu mampu untuk letakkan tembok untuk diri kita jauh dari perkara yang tak baik. alhamdulillah. Ada orang yang boleh je pakai tudung macam biasa dan dapat pulak kawal diri semua alhamdulillah.Muangkin ada yang pakai biaq labuh sikit biar bagi warning kat diri jangan nak gatai-gatai sangat. behave perangai. ingat dosa sikit. aku tak cakap orang lah. aku cakap untuk aku. Susah nak jaga ikhtilat ni.

tapi at least kita try kan? sebab Sheikh Omar Suleiman pernah cakap yang pada hari kebangkitan di padang mahsyar nanti Allah akan menggunakan sifat Pengasih Allah untuk mengadili kita. 

dan bila kita dah cuba buat yang terbaik,
kita mampu untuk bangkit dan cakap Ya Allah , this is all what i have try my best when i am in dunya.

when you stand in front of Allah swt,or if you are able to stand in front of Allah swt in dunya and then in akhirah you can say i am doing my best. and if you help yourself in dunya , Allah will help you in the akhirah. You are done doing your part. Allah is merciful. :]


okay .

tapi aku rasa tak kisah lah orang nak cakap pemandangan biasa ke apa pegang pegang ni. bagi aku still tak best.Ni kat kampung kut. Heh.Bukanlah nak kata kat kampung pegang pegang tu jadi haram , kat bandar ke mall ke halal pulak. Haram tetap haram kan. hukum tuhan. tapi , macam yang aku perhatikan, orang selalu kata duduk kampung baik tak terdedah dengan gejala sosial ke apa. Sekarang dah takda beza dah. Lagi lagi majoriti ibu bapa kat tempat aku duduk ni pergi kerja kat seremban ke tempat jauh jauh , tinggal anak dengan wan ke nenek atuk yang jaga. Memanglah takda salahnya , tapi walau macammana pun , anak tu tanggungjawab ibu bapa , tak bolehlah dok lepas tangan .

Okay lepas tangan tu macam jahat sangat pulak . sebab semua orang ada sebab sendiri kan. tapi tempat ni memang mengajar aku macam mana kesan pada anak anak yang boleh jumpa ibu ayah jumaat sabtu ahad je. Bukan aku nak cakap anak anak yang duduk dengan ibu ayah ni baik ke takda salah semua, tapi sekurang kurangnya , their own parents yang pantau , yang galas tanggungjawab membesarkan anak anak depan mata mereka. Anak anak kan amanah Allah.


tapi tak dapat nak dinafikanlah , nak duduk seminggu kat rumah tak buat apa apa baiklah pergi library ye dak ? ada jugak buku yang boleh dibaca. (bukan semua orang pencinta rumah macam aku. ececehh.)

Apa yang aku tulis ni bukan fakta ke apa. tapi pandangan aku terhadap sekeliling aku. Risau.Akhirul kalam , kurangkan kontroversi ,tingkatkan prestasi , berdiri atas bakat sendiri. ambil melodi sejibik. weee




Older Post | Newer Post

© every soul has a past

© know your worth

And He found you lost , and guided you [93:7]
FACEBOOK INSTAGRAM FOLLOW
«
»
نورالفرحنا مت سونداري