<body>
Monday, November 11, 2013 @8:23 PM
| 8:23 PM | 0 comments


mengenal diri. ;)


Menjadi aku tidak mudah.
barangkali,
tidak semudah yang kau bayangkan            

pergolakan di dalam diri
yang tak akan mungkin kau lihat
jika kau hanya kenal aku yang ini

susah bukan?
berdiri atas satu nama dan rasa
melangkah sehabis daya walau payahnya
tidak terkata.

kata orang itu jalan mudahnya,
kau langkahkan kakimu dan bawakan hatimu
dan nah!
kau sedia di situ.

tapi itu kata orang.
pernah kau rasa sakitnya melawan rasa
pernah kau fikir gelojak jiwa
pernah kau cuba walau sekali cuma,
rasa apa yang aku rasa.

memang ini bukan kisah anganku
kerana aku bukan mat jenin
dan alangkah bagus kalau aku bisa jadi walau sekali.

setidak-tidaknya,
dia punya cita.

kata orang lagi
kau buat walau sebenarnya kau tak mahu
kerana lama lama akan jadi kebiasaanmu
bila aku menjadi yang itu,
teka apa kau kata?

kenapa hipokrit jalanmu?

kerana itu aku kata,
aku bingung mungkin.

dan mungkin aku perlu mula fikirkan diri.
memang aku sangat kasihankah?

kononnya cuba perbaiki diri.
Nah!
dosa diri dibiar meninggi,
dosa, pahala , taubat , neraka
bila sedar wahai hati,

ya benar,
ini hidup remaja.
pergolakan rasa,
cita dan cinta,
dewasa bersama masa,
tapi sentiasa awas,
mana tujunya.

dengar wahai diri
dan nadi yang dipinjamkan Illahi,
dengar ini.
jangan salah diimbang
dunia dan seisi,
kerana yang mesti itu menanti..

amal ditimbang nanti.
diSANA, pasti.

"kita berusaha untuk mengejar pintu hati orang yang kita suka,
tapi kita jarang nak kejar pintu taubat yang luas terbuka."

semoga Allah permudahkan segalanya.In shaa Allah.

"fake it 'till you make it".

farhanasundari
2359
10112013










Older Post | Newer Post

© every soul has a past

© know your worth

And He found you lost , and guided you [93:7]
FACEBOOK INSTAGRAM FOLLOW
«
»
نورالفرحنا مت سونداري