<body>
Wednesday, December 25, 2013 @7:00 PM
| 7:00 PM | 2 comments


20 Disember, 
Ia datang.Sekali lagi.
Kali ni sampai aku tak sedar aku menangis menahan rasa.
Kalau dulu aku cukup yakin mampu endahkan,
aku rasa sekarang dah tak mampu lagi.
Kalau dulu aku pujuk hati sendiri,
‘Mungkin memang ini tujuku.’ Berulang kali.
Kerna sentiasa ada hikmah di setiap ketentuan Illahi
Sampai aku terlupa kita manusia punya ikhtiar.
Kerana apa sebenarnya?
Aku ini pengecut sampai nak membayang pun aku tak kuat.
Tapi kukira bila rasa ini datang lagi,
Untuk kesekian kali,
Tekad aku Ya Allah.
Mungkin ini petunjuk dariMu.
Kalau betul pilihanku ini,
Kau mudahkan segalanya.
Jawapan kepada istikharahku nanti.









Older Post | Newer Post

© every soul has a past

© know your worth

And He found you lost , and guided you [93:7]
FACEBOOK INSTAGRAM FOLLOW
«
»
نورالفرحنا مت سونداري