<body>
Saturday, February 22, 2014 @11:15 AM
| 11:15 AM | 0 comments


Tak terungkap.
itu kataku untuk menggambarkan betapa aku bersyukur kepadaMu ya Allah.

Alhamdulillah.Alhamdulillah..Alhamdulillah.
Selesai  5 Alam.

Satu cara dakwah baru yang aku kira , berjaya, alhamdulillah. Betapa aku melihat ratusan manusia yang berlainan karakter , berlainan gaya keluar dari pintu itu dengan tekad yang sama.

Betapa mati itu bila bila.

Betapa Allah itu  Esa.

Betapa masa dibazir itu sia sia.

Betapa takut azab neraka.

Betapa jauhnya mengejar syurga.

Betapa sebenarnya kita yang leka.

Betapa Allah itu bersama sentiasa.


Sebak diberi peluang menjadi salah seorang penggerak untuk menjayakan program ini.

Juga takut.

Takut dengan kata kata sendiri. Semoga aku dijauhkan dari menjadi orang orang yang cakap tak serupa bikin. Nauzubillah min zalik. Jauhkan Ya Allah.

Betapa masa yang kami habiskan bersama ini ya Allah , diberkati olehMu. Betapa semangat kami ini Ya Allah , menjadi pembakar dakwah kami selepas ini. Betapa kasih sayang sesama kami ini ya Allah menjadi pahala di sisiMu ya Allah. Betapa kami berharap , usaha kami ini menjadi saham akhirat di SANA nanti Ya Allah.

Dikelilingi sahabat yang mencintaiMu ya Allah,
aku bersyukur.
Bersyukur dengan nikmat ini.
Alhamdulillah.

Semoga ukhwah ini berkekalan. In shaa Allah.

IDEA SOCIETY, AED STUDENTS, CFS STUDENTS.
thank you for open up my eyes.



Older Post | Newer Post

© every soul has a past

© know your worth

And He found you lost , and guided you [93:7]
FACEBOOK INSTAGRAM FOLLOW
«
»
نورالفرحنا مت سونداري