<body>
Monday, February 10, 2014 @11:47 PM
| 11:47 PM | 0 comments


Berkawan itu mudah.
Kau pusing kanan , 
kau pandang kiri. 
Nah. 

tapi bersahabat itu payah.
benar kau mencintai mereka?
benar kau mendoakan mereka?

dikala gembira tertawa,
kau mungkin bersama.

dikala menangis duka? 
dikala susah segala?
kau rela pinjamkan bahumu?
kau sanggup tadahkan telingamu?

kan aku dah kata ,
memang tidak mudah.
tapi bukan mustahil.

kanapa aku yakin?
kerna ukhuwah itu unik rasanya.
walau kau penat,
walau kau tak larat.
senyuman itu pengubat hati.
ketawanya itu penguat semangat.

kalau kau rasa kau belum temui,
mungkin kau terlupa sesuatu.

ketika kau toleh kanan kiri,
jangan hanya tunggu mereka menyapa.
tapi kau yang mula.

to my dearest roommates , 
pertemuan ini menyatukan empat jiwa.
 dan simpulnya biar tiada.
to my dearest best friends,
 persahabatan ini bukan untuk di dunia sahaja.
 Tapi biar sampai akhirat patrinya. 

saham di SANA.


Walau jauh di mata , 
biar dekat di jiwa.
biar di dalam doa,
biar harum di syurga. 

Amin.


Older Post | Newer Post

© every soul has a past

© know your worth

And He found you lost , and guided you [93:7]
FACEBOOK INSTAGRAM FOLLOW
«
»
نورالفرحنا مت سونداري