Monday, June 16, 2014
@2:36 AM
keliru itu kukira perkara biasa
kerana aku sudah lali dengan bahasa diri
kadang terasa mengapa
tapi tak terjawab dek mamang tak terjangka
kadang merana sengsara
kerana sesal yang tak pernah habisnya
kadang terduduk menyembah tanah
bila penat mendengar kisah
kadang terasa nak dimarah
tapi pada siapa mengapa apa sebabnya?
kerdilnya rasa
istighfar bila terasa dipermain oleh rasa
rasa yang akhirnya membuah kecewa dan air mata
terlalu banyak aib diri yang dilindungi Illahi
kalau mereka kenal aku yang ini
masihkah mereka bersorak riang ria ketawa suka
kecewanya aku dengan rasa
kecewanya aku dengan aku
kecewanya aku dengan rasaku
kecewanya aku dengan jiwaku
kecewanya aku dengan air mataku
kecewanya aku dengan fikiranku
kecewanya aku dengan senyumku
kecewanya aku dengan aku
kalau masih tersenyum megah rasa hebat di hadapan mereka
kecewalah engkau
kadang bila terlebih perisanya
rasa malu dengan kata kata
hanya ditutur sesedap rasa
tanpa jiwa dan betulnya
siapa aku di hadapan mereka
siapa aku di hadapan Dia yang Esa
bagaimana boleh kau tersenyum gembira
bila hatiku menangis hiba
tatkala jiwaku sendu menduga
saat rasaku tak boleh nak rasional semua
salahkah aku?
bila diri terseksa hanya penuh dengan kata dalam kepala tanpa mampu diluah semua