benar aku takut terbuang
aku takut dibenci
ini amanah dan pastinya tak akan pernah mudah
tetapi apa nak dihairankan jika sesuatu itu kelihatan terbuang?
Rasulullah s.a.w kerana Islam, Baginda terbuang dan dimusuhi,
Namun andai ada manusia yang membuang Baginda,
berpuluh-puluh yang lain menyayanginya.
Kenapa?
Kerana Baginda dibela Allah, tak pernah terbuang dipandanganNya,
tetap istimewa di hati pencinta Allah dan RasulNya.
tapi Dia Rasulullah. Manusia hebat di sisi Allah.
Bagaimana nasib perjuanganku?
Tahankah aku dengan ujian sebesar amanah ini?
Ya Allah bantu aku
Ya Allah, Kau peliharalah society kami dari umpat caci manusia ya Allah
Kau kuatkan hati kami
Kau betulkan niat kami Ya Allah
Kau masukkan kasih sayang ke dalam diri setiap dari kami Ya Rahman
Kau kasihanilah kami Tuhan
Kau lindungilah kami Ya Rabb
Kau campakkalah rasa gerun dalam diri kami kepadaMu
Kau yang memegang hati hati kami
Moga jalan yang kami pilih ini menjadi saham kami di akhirat Ya Allah
Hanya padaMu mampu aku memohon.
Hanya padaMu ku letakkan pengharapan.
Makbulkan doaku Ya Allah.
Amin Amin Amin