<body>
Sunday, June 29, 2014 @8:30 PM
| 8:30 PM | 0 comments

Segala yang berlaku akan ada hikmahnya. Cuma kita yang kadang kadang terlepas pandang atau tak memandang ia sebagai satu nikmat yang lebih besar yang Allah datangkan dalam hidup kita. Kesedihan aku Allah balas dengan rahmat yang aku rasa 'Ya Allah , betapa besar kasih sayangMu'

Betapa aku terkilan menyambut Ramadhan Kareem ini seorang diri. Puasa pertama kata orang. Serious sedih tak boleh cakap apa. Dengan lettering yang tak siap siap lagi. Macam mana nak hidupkan malam di bulan Ramadhan kalau i don't even sleep to complete the task. 

Ye, aku terkilan. Rasa nak menangis. Tapi memang ini jalan yang aku pilih. Rasa macam melanggar fitrah ke? Apabila malam yang diciptakan Allah untuk berehat dan beribadah kuhabiskan dengan perkara perkara yang lalai.

Dan terima kasih ya Allah. Kau hadirkan Kak Mashi dan keluarga baru ini.Di saat aku rasa ramadhan pertamaku ibarat ku sia siakan , Kau temukan aku dengan usrah baru ini.Aku bukan sahaja peroleh teman untuk iftar bersama , tetapi aku juga dihadiahkan dengan nasihat nasihat dan peringatan kepadaMu Ya Allah.

And i realize something. Menghidupkan malam bukan sahaja dengan bertahajud, tetapi dengan sentiasa mengingatiNya. tengah buat kerja , boleh pasang nasyid ke apa. See? Banyak cara sebenarnya , dan aku menyalahkan keadaan di sekelilingku sebelum aku betul betul berusaha untuk mengejar rahmat Allah yang tak terkira banyaknya.

Dan satu lagi pengisian yang kukira , lama aku terlupa.
Hamba.
Betapa usrah ini untuk mengingatkan diri, kita ialah hamba.

Dan kerana konsep penghambaan kepada Allah inilah , dakwah nabi Muhammad ditolak , walaupun mereka sendiri mengaku bahawa Nabi Muhammad itu al-amin orangnya. kerana konsep hamba ini.
Betapa egonya mereka tidak mahu mengaku bahawa hanya ada satu Tuhan yang layak disembah.

dan kalau aku tidak berlaku seperti hamba , benar benar taat dan tahu yang i'm nothing without Him, bukankah aku sama sahaja seperti mereka? 

Nauzubillah. dan moga Ramadhan ini membukan mata aku untuk lebih melihat sekelilingku sebagai satu medan dakwah. Bukan sebagai satu penghalang untuk aku terus tersungkur sebelum berjuang. Bukan sebagai satu alasan untuk aku tidak memperbaiki diri. 

Kerana masih banyak daki jahiliyyah dalam diriku.
Dan betapa sebenarnya aku dicampakkan di sini dengan hikmah oleh Allah.
Moga aku lebih tabah menjadi aku yang lebih baik. Jauh lebih baik dari sekarang.

Perjuangan ini baru bermula. Biiznillah.





Older Post | Newer Post

© every soul has a past

© know your worth

And He found you lost , and guided you [93:7]
FACEBOOK INSTAGRAM FOLLOW
«
»
نورالفرحنا مت سونداري