<body>
Sunday, July 20, 2014 @3:02 PM
| 3:02 PM | 0 comments

berpuisi bagiku membawa seribu erti
kadang bahasaku rapuh
ada ketika dibiar tak difahami

kerana saat aku berpuisi
itu saat rasa tak mampu mengakui
bila hanya bahasa yang faham serba serbi

dan saat aku berpuisi
biar saja hanya aku yang pasti
dan biar mereka cuba mengerti

setiap rasa yang ada
ibarat mudah aku tuturkan
hanya bila aku berpuisi

kerana aku yakin
hanya aku yang tahu
segala patah kata yang aku luah
punya makna yang tak terluah

rahsia
bukan antara aku dan bahasaku
tapi antara aku dan rasaku.



Older Post | Newer Post

© every soul has a past

© know your worth

And He found you lost , and guided you [93:7]
FACEBOOK INSTAGRAM FOLLOW
«
»
نورالفرحنا مت سونداري