<body>
Sunday, July 6, 2014 @7:07 PM
| 7:07 PM | 0 comments

Bismillah.

Kenapa Nabi SAW menangis?

Suatu waktu ketika RasulAllah SAW duduk bersama para sahabatnya. Cucunya Sayyidina Hasan dan Husin sedang bermain-main di atas mimbar. Lalu RasulAllah SAW memeluk mereka dan menangis teresak-esak sehingga para sahabat melihatnya dengan kehairanan, dan bertanya kepada RasulAllah SAW.

"Ya RasulAllah, apakah yang menyebabkan engkau menangis sebegini teruk? Sungguh kami tak pernah melihat engkau menangis begini."

Lalu RasulAllah SAW menjawab.

"Tadi aku telah didatangi Jibril AS, dia memberitahu padaku bahawa cucuku akan mati dibunuh"

Lalu Baginda SAW menangis sambil memeluk dan mencium Sayyidina Hasan dan Husin.

Sayyidatina Fatimah mendengarkan hal itu lalu bertanya kepada RasulAllah SAW.

"Bukankah setiap Nabi-Nabi itu ada doa mustajab? Maka gunakanlah doa itu untuk Hasan dam Husin"

RasulAllah SAW menjawab.

"Benar anakku. Tapi doa itu akan aku gunakan untuk ummatku. Yang ketika di mahsyar nanti semua ummat akan pergi kepada Nabi Adam, Nabi-Nabi lain dan dijawab oleh mereka "nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Maka pada ketika itulah aku akan menggunakan doa mustajabku untuk ummatku".


Dari cerita ini, fikirkanlah oleh kita betapa sayangnya RasulAllah SAW kepada ummatnya.
Baginda SAW sedih pabila mendapat tahu cucunya akan dibunuh tapi biarlah cucunya dibunuh tapi Baginda nak menggunakan doa mustajabnya untuk ummatnya.

Cuba lihat pada diri kita kini, bagaimana kita mudah melaknat/menghina ummat RasulAllah SAW yang amat Baginda kasihi?
Kita mengaku kita mencintai Nabi tapi kita tak mengasahi ummatnya.

Sabda Baginda RasulAllah SAW :

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi belum dia mengasihi saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri."

Moga kita pupuk rasa kasih pada ummat. Kerana tak mungkin orang yg mencintai Allah SWT dan RasulAllah SAW tetapi didalam hatinya ada perasaan benci pada saudara lain. Sedangkan RasulAllah dan para sahabatnya mencintai orang lain melebihi dirinya sendiri.

Mari sempurnakan Iman kita dengan mencintai sesama saudara yang lainnya. InsyaAllah…


Older Post | Newer Post

© every soul has a past

© know your worth

And He found you lost , and guided you [93:7]
FACEBOOK INSTAGRAM FOLLOW
«
»
نورالفرحنا مت سونداري